MAB BEBAS DARI LOGAM BERAT MERCURY

Mercury atau raksa adalah logam bahan berat dan zat beracun. Mercury sebenarnya adalah elemen kedua paling beracun selepas plotonium.

Merkury dilarang penggunaannya melebihi dos badan manusia kerana ia boleh membawa kemudharatan kepada kesihatan tubuh badan. Dalam bidang kosmetik ia digunakan untuk memutihkan kulit supaya nampak cantik, putih, halus dan mulus. Tetapi hakikatnya mercury yang masuk dalam darah manuisa akan kekal buat selamanya dalam tubuh manusia.

Kesan mercury yang melebihi dos akan memberi efek seperti kerosakan buah pinggang, kecacatan pada janin bagi ibu-ibu yang mengandung , ganggguan sistem saraf dan lain-lain penyakit. Racun mercury juga membawa kepada pelbagai penyakit lain antaranya kesukaran belajar, alzheimer, sakit otot, sindrom keletihan kronik, radang sendi dan kemurungan. Kesan jangka panjang, mercury boleh menyebabkan kanser.

Kajian saintifik menunjukkan mercury yang ada dalam satu termometer sudah cukup bagi mencemarkan sebuah tasik. Bayangkan jika sebanyak itu pun sudah cukup mercemarkan air sebuah tasik, bagaimana pula dengan tubuh badan manusia dengan nisbah air yang sangat  kecil dibandingkan dengan air dalam sebuah tasik? Sudah tentulah ia memberi kesan terhadap kesihatan tubuh badan manusia.

Oleh sebab itu, ZAIPERMAI RESOURCES amat menitik berat kandungan mercury dalam MAB. MAB dipastikan selamat dan tidak merbahaya walau diambil dalam tempoh yang lama. Ini kerana MAB bebas dari racun mercury. MAB telah pun diuji dan disahkan bebas dari pengaruh mercury oleh Profesor Ramlan, Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Universiti Teknologi Malaysia. Hasil analisis mendapati MAB selamat dari racun merbahaya mercury. Dibawah adalah sijil pengesahan MAB bebas dari racun logam berat mercury oleh IBD, UTM.

SIJIL MAB BEBAS DARI LOGAM BERAT MERCURY

lab-test1

prof

 

 

 

 

 

 

 

PROF. RAMLAN, IBD, UTM

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.