ARAHAN PERHATIAN SEMUA AHLI DEALER/AGEN SAH MAB:

Larangan mengiklankan dan menjual produk MAB di kedai-kedai Jamu, kedai pemborong kecantikan dan kesihatan serta platform yang tidak dibenarkan seperti platform e-Dagang (Carousell, Shopee, 11Street, Lazada, dll). Pihak ZPR telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membendungnya dan berikut adalah laporan kemas kini daripada kami berhubung perkara tersebut.

Dari bulan Januari hingga Disember 2017, didapati terdapat pemborong dan pekedai serta individu-individu mengeluarkan produk MAB yang dijual secara terus melalui kedai-kedai pemborong dan diiklankan di platform seperti di atas. Mana-mana Ahli yang didapati mengiklankan dan menjual produk di kedai-kedai Jamu, kedai pemborong kecantikan dan kesihatan dan juga Shoppe, Lazada dan seumpamanya, atau bahkan membekalkan produk kepada orang lain yang mungkin menjualnya di sana, akan dikenakan sekatan yang ketat, sehingga dan termasuk penamatan kontrak mereka dengan ZPR serta dilarang menjual MAB.

Namun, usaha kami semata-mata tidak memadai untuk menghalang pengiklanan dan penjualan produk seperti di atas. Walaupun ZPR berusaha untuk menghentikan kegiatan yang tidak dibenarkan ini dengan menggunakan pelbagai kaedah pelaporan dan penyiasatan, sokongan anda sebagai Dealer/Agen MAB amat2 diperlukan untuk memastikan bahawa Agen di bawah anda – terutamanya Agen baru yang menceburi perniagaan ini – memahami bahawa pengiklanan dan penjualan di kedai-kedai Jamu, kedai pemborong kecantikan dan kesihatan serta di platform Shopee, Lazada dan seumpamanya tidak boleh diterima sama sekali, boleh menjejaskan perniagaan Dealer-dealer kecil lain serta ahli Network yang lain dan tiada sebarang kompromi mengenainya. Sekiranya anda atau Agen bawahan anda didekati oleh individu yang anda tidak kenali dengan niat untuk membeli produk dalam kuantiti yang banyak, sila dapatkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh dan laporkannya kepada ZPR atau melalui Master Sokist/DMS masing-masing. Jangan sesekali menjual MAB kepada mereka.

Tindakan ini dibuat dan penting demi memastikan kelangsungan perniagaan MAB Bersama ukhuwah Dealer-dealer sah MAB yang telah lama menceburi serta memahami selok belok ilmu aturan MAB agar tidak ditindas dengan permainan harga dan agar ilmu MAB dapat disampaikan kepada pelanggan dengan cara aturan pemakanan yang tepat dan betul dan bukanlah melalui jualan yang mengaut keuntungan semata.

11 Julai 2018 © DMS SuAnggun; ZPR Pengasas Maajun Anggun Bistari MAB®

No Comments Yet.

Leave a comment

You must be Logged in to post a comment.